March 25, 2007

Malam Sinar Maulidur Rasul 2007


Malam Sinar Maulidur Rasul 2007

akan diadakan di
Main Hall Multimedia University, Melaka.
Pada 31 March 2007 bersamaan 12 Rabiulawal 1428
Majlis ini akan bermula pada pukul 8 mlm sehingga 11 mlm.

Artis jemputan kami,
Faizal Tahir (OIAM)
Nowseeheart
Firdaus
Fareast
featuring DJERWAN (ikim.fm)
dan ada lagi kumpulan lain turut serta.

Jangan ketinggalan.
Tiket murah jer ...satu tiket RM8.

Harap boleh berjumpa dengan anda smua di sana.

March 18, 2007

PANTUN

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Semoga ALLAH merahmati bersama

Karnival Keluarga Bahagia-IU, mmu melaka
















Anyway, i'm so happy
involved in dis KKB as committee. Thanks my fren.
Here a few photos for today....
Who involved in this carnival, outsiders, especially primary school students.











































Aper aktiviti kiter org:
1. Pertandingan mewarna
2.Pertandingan Gubahan (sejdah & buah-buahan)
3.Sukaneka(kanak-kanak)
i-Jalan2 cari makan.
ii-Makan tembikai.
iii-tiup tepung
iv-tiup belon(cancel sbb ari nak ujan...tp tak ujan)
4.Pertandingan Bayi comel
5. Pertandingan Men Congkak
6. Pertandingan bowling kelapa
7. dan macam2 lagi ada...booth pun byk bukak..ada zoo melaka, bank pertanian, etc.

Congrate Kat IU sebab selama Karnoval ini dijalankan semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah.

March 1, 2007

XPDC di Taman negara Pahang




Ha, pengalaman baru aku...
Cuti seminggu kali ni aku tak balik umah pun...first time aku tak balik.
So aku just join jer xpdc di taman negara ngan mmber2 aku.









Dier org ni under USRAH.
So, perjalanan kita org dari melaka bermula pada ari Jumaat malam.. Kol 8.30 bertolak dari sini.
Kol 10 camtu kita org stop kat Durian Tunggal...berenti makan malam.






Then, perjalanan kita org diteruskan ke Pahang...
Dalam bus aku ngan mmber aku terlena tol, maner idak nyer, selimut ada.. haha...istimewa skit. Sedar tak sedar, kol 2 pagi sampai kat satu petronas ni...aku kalo time camni mmg tak layan nak makan... tapi aku jalan jer la...
Then we continue our journey..

Sampai kat Pahang tu time Subuh... So kita org smyg dulu kat surau berdekatan.
Pastu kita org gerak g gerai maka dulu tuk sarapan... then dalam kol 9 lebeh gitu, kita org gerak g seberang...

Aku ngan mmber aku ni sorg, tersangkut, dak pompuan lain dah gerak.. kita org tah camner leh tertinggal.

Sampai gak kita org kat Taman Negara Kuala Tahan Pahang.
Kita org dirikan khemah kat campsites.

Tghr masak maggi sebb x sempat nak masak. Kita org teruskan aktiviti explorace. Lepas Zohor, terus gerak. Kumpulan aku plak namanya, roti canai. Ahaks... baru mula explorace, kumpulan aku dah masuk sungai...nak kejar org yg pegang sampul surat nyer pasal la ni. Dia suh kita org rendam sampai basah smua.. Uhuks, Next clue, kena g counter plak, dah la basah. kasut ngan tracksuit dah la berat...aduh...naik bukit plak.. tapi yang best nyer...smua mmber aku spoting. Smua sempoi jer. Alhamdulillah kita org selamat sampai kat check poin ke3 . Ke2 kat counter, ke3 canopy walkway.
Cabaran kita org disuruh nyanyi atau berlakon. Ahaks, kita org pilih nyanyi, lagu MMU...hahah lagi gempaq. Aku plak tak ingat dah. Yg aku ingat bhgn chorus.

Then we continue lagi.
Next cabaran, kena cari coach kita org lagi....kena patah balik g Sungai Simpon; Ahaks... sebab tak bawak amanah...kena starjump... 30 kali...dah la ngan penat, ngan pakaian basah...ari plak ujan...

Then kena bina batu jadikan menara KLCC. Mmg slalu terjatuh...kita org tak nak giv up... cari gak alternatif lain nak bangunkan KLCC...
Alhamdulillah, berkat sabar, kita org berjaya...terus mandi sungai dalam ujan...

fuh..penat mmg penat...tapi best sih.

Malam nyer...satu hal...

nanti aku sambung....hhaha