April 27, 2011

Siapa : Rosli Dobhi

Ramai gak antara kite ni tau nama je Rosli Dobi ni, tapi xtau ape yg buat name dier terkenal.


Dulu Sarawak berada di dalam genggaman Brunei di bawah pemerintahan Sultan Brunei. Tetapi akibat tentera dan ketenteraan Sultan Brunei tidak begitu teguh telah membuat perjanjian kepada British untuk menjaga Sarawak dari ancaman dari Portugis. 



Pada mulanya James Brooke tidak setuju namun setelah diberi jaminan untuk memberi Sarawak sebagai bawah pemerintahan, Beliau terus setuju. James Brooke jadi Rajah kat Sarawak dah.

Ni satu peristiwa berlaku di Sibu Sarawak pada tahun 1940-an. Time tu British janji nak serahkan semula tanah Sarawak ni ke tangan melayu tapi org melayu sarawak ragu-ragu dengan janji yang diberi oleh kaum kerabat British.

Dengan kata sepakat satu pertubuhan PPM(Parti Pemuda Melayu) dibentuk bagi mendapatkan semula Sarawak.

Namun di sebalik itu, wujud Rukun 13 (Rukun sembahyang sebenarnye) yang dianggotai 13 orang yang betul2 memperjuangkan diri bagi memerdekan tanah Sarawak ini.
Ahli-ahli Rukun 13

  • Rosli Dhobi
  • Awang Rambli
  • Abg Ahmad
  • Osman Dollah
  • Morni Junit
  • Jack Yusof
  • Awang Osman
  • Abg Han Abg Ahmad
  • Wan Zin
  • Che Alias Osman
  • Tambek Adun
  • Amin Jenal
  • Abg Mat Sirat


Rancangan mereka adalah untuk membunuh Sir Duncan Stewart Gabenor Sarawak yang ke2.

Di dalam perancangan ini, mereka perlu mencari seseorang yang mampu menjayakan rancangan ini.
----------------------------------
Rosli Dhobi, seorang remaja berusia 17 tahun seorang yang peramah malah menghormati orang tua dan malah mempunyai jiwa seorang perjuang. 


Walaupun usia muda, Rosli telah jatuh hati kepada seorang gadis namanya Ani tetapi hubungan mereka adalah senyap2 je dan cuma berutus surat sje takut dimarah oleh org tue. 
----------------------------------
Awang Ramli Amit Mohd Deli seorang pengasas Rukun 13 telah menemui seseorang yang bantu melaksanakan rancangan mereka.


Pada mulanya Rosli Dhobi menolak untuk membantu tetapi setelah mendengar keadaan semakin parah dan tahap jiwa juangnya, beliau bersetuju untuk menyertai.


Tujuan Rosli Dhobi dipilih kerana, sekiranya remaja disabit kesalahan membunuh, maka termasuk di dalam kes juvana di mana tiada hukuman gantung dikenakan.


Tanggal 3 Disember 1949, Sir Duncan Stewart telah sampai ke Sibu dan disambut dengan meriah oleh orang kampung. Di dalam kesibukan menyambut gabenor tersebut, Rukun 13 telah mengatur langkah di mana Morshidi telah melekakan Sir Duncan dengan mengambil gambar beliau.


Dengan kelekaan tersebut, Rosli dengan beraninya menikam Sir Duncan di bahagian perutnya. Rosli sempat melarikan diri namun dikejar oleh tentera Sir Duncan lalu jatuh dan ditangkap.


Segala perundangan baru telah difaktorkan ke dalam kes ini.
Pihak mahkamah yang dihakimkan oleh British, menyatakan usia sebenar Rosli Dhobi adalah 19tahun dan bukan di bawah hukuman juvana tetapi Hukum mati. 


Sir Duncan telah dirawat oleh doktor-doktor pakar dari Singapura tetapi disahkan mati dan akibat kematiannya pun tidak pasti samada: 
- Senjata beracun
- Doktor tidak berusaha menyelamatkannya


Pada 4 Disember 1949, hukuman gantung telah diperintah oleh mahkamah ke atas Rosli Dhobi, Awang Ramli Amit Mohd Deli, Morshidi Sidek and Bujang Suntong kerana merancang untuk membunuh Sir Duncan.

Pada 2 Mac 1950, hukuman gantung telah dijalankan ke atasnya.
Namun lagi menyayat hati, mayat-mayat mereka tidak boleh dilawat oleh ahli keluarga. 


Setelah sekian lama berunding, akhirnya tanggal 2 Mac 1996, kubur mereka digali semula untuk disemadikan di tempat lain dan diberi penghormatan.


Tetapi anak saudara Rosli Dhobi sendiri bersama dengan mereka menggali semula kubur beliau tidak menemui sebarang bukti mayat beliau kerana tiada tulang mahupun gigi yang tinggal. Ke manakah beliau dikuburkan?


Bagi aku, Rosli Dhobi telah memperjuangkan dirinya untuk menyelamatkan Sarawak dan menjadikan Sarawak bebas dari jajahan kerana peristiwa tersebut telah membangkitkan lagi semangat keturunannya. 


----------------------------------------------------------------------------------------------


Kalo nak tau lagi lanjut cerita Rosli Dhoby ni, tengok kat youtube, ada Warkah.
Kalo nak tau lagi lanjut, g library baca buku pasal die.

Ani buah ati arwah sampai sekarang tak berkahwin. Tanda setia pada cinta yang dulu.


Hidup Rosli Dhobi.

No comments:

Post a Comment