December 1, 2011

Ilang RM5k sekelip mata

Ni citer last week.
Masa tu aku tengah siap2 la nak g keje. Cam biasa aku akan on tv tgk berita tv3 sambil2 tu. Aku terdengar la tajuk die " Pelajar IPT di Melaka hilang Rm5k dalam tempoh singkat". Aku kalo pasal Melaka ni memang excited nak tau.

Tuptup aku tengok muka budak kene interbiu tu, aik, Junior aku. Bdak serumah aku dulu. Lor, ape kes die yang ilang 5k tu.



Tengahari aku call die.

Macam ni citer dari diri die sendiri.

Bdak ni baru je terima beberapa jumlah dari PTPTN tuk byr yuran and sedikit duit hasil titik peluh die bekerja sebelum sambung amik degree ni.

Perkara ni sebenarnye berlaku 5 bulan yang lepas.

Die slalu la cek email die. Dan satu email ni, dari CIMBCLICKs nye online banking email. Dalam email tu menyatakan untuk mengupdatekan email, data-data die. Bdak ni ingat update gitu-gitu je. Pastu tutup email.

Die ada kesukaran nak login kat CIMBCLICK pastu. Bile berjaya, amat memeranjatkan, baki hanya tinggal seratus je. Sedangkan sebelum tu jumlah nye beribu gak.Cek2 kat bank, tansfer duit tu ke akaun seorang wanita.

Bdak ni terus la wat laporan kat bank nak komplain la camne bende ni leh terjadi. Pastu wat laporan polis plak.

Dah 5 bulan x de respon plak dari mane2 pihak.

Last2, tulis surat kat menteri melaka. Dato' Mohd. Ali Rustam. Pastu ada la sedikit bantuan dari Dato' dan dah suh pihak berkenaan menjalankan tugas tuk siasat semula kes bdak ni.

Alahai, ape kes dah dunia sekarang. Orang sediakan kemudahan online tuk elak susah pyah g bank, tapi ada pihak wat khianat dan guna cara salah tuk dapat senang. Korang memang senang dapat duit tu sekarang, tapi korang x tau lagi ape hukuman bakal tiba mahupun dari segi hidup sekarang mahupun akhirat nanti.

Same2 kite jadikan cerita ni sebagai pengajaran. Janganlah kita sesenang percaya email dari bdan berkanun dan yang mudah dikenali. Siasat dulu.
Kalo lepak kat cc ke, mane2, jangan lupe logout dan clear cookies ke ape smue tu. Jangan sesekali "remember password" kalo login banking online.

Thanks kerana membaca, Kalo ada komen, tinggalkan lah k. heheh.

4 comments:

  1. ape nk buat..semua da berlaku..harap tabah n sabar je la untuk teruskan hidup :)

    ReplyDelete
  2. Huhuhuh, same2 kite jadikan pengajaran. dan tidak semestinya kecanggihan dunia skrang ni memudahkan kita tetapi turut memudaratkan kita.

    ReplyDelete
  3. syueee... aku kalo psl bank suh login dr email mmg aku x caye.. x kesah either CIMBClicks or Maybank2U or bank2 len.. sbb mende ni dh lame kecoh.. kalo suh update pape dr email jgn bukak.. better p bkak trus w'site bank tu dari click thru email.. kalo dpt email dr bank dh x leh caye.. so pape trus bkak w'site bank tu.. *just tuk p'igtan*

    ReplyDelete
  4. betol tu sya. sebb tu la aku post kan lagi kes yg bru je heboh lg. terutama tuk budak2 baru masuk IPT. Mngkin dierang x prasan ni dari sape. jadi perkara ni excidently terclick ke ape. Tu ni jd pengajaran tuk semua.

    ReplyDelete