March 15, 2012

Akibat tidak sabar

Tarikh : 14 Mac 2012
Tempat : lorong Ah kang @ swee kang, kuching Sarawak
Masa : 4.10 petang

KUCHING - Hari ini aku dan Cik Rozi telah ditugaskan seharian untuk mengedar flyers di sekitar satok dan electra house. Tak disangkakan, kami telah mengedar hampir 1000 flyers sedangkan target cuma 600 sahaja. Telah diarahkan oleh pegawai supaya tidak meninggalkan flyers di atas cermin kereta jadi kami telah menukar strategi mengedar flyers kami. Kami mengedar flyers kepada orang yang berjalan serta terus menerangkan kepada mereka apa yang perlu mereka tahu. Menahan kelaparan serta sakit kaki memang amat tidak dijangka disertakan dengan cuaca yang basah kehujanan dengna lebatnya.



Cerita di atas tidak ada kenemengena dengan tajuknya. Itu sekadar pembuka cerita.

Setelah selesai semua tugas kami, kami ingin membasah tekak ni dengan ais batu hancur(abc la) kat ah kang. so dari arah masjid, aku pandu menuju ke ah kang melalui lorong yang sempit. Aku cam biasa slow la pandu mane la tau ada kete dari arah bertentangan. Memang ada kete, kete viva putih ni leh plak stop tengah2 dan ada borak ngan orang.

Aku tunggu je viva tu gerak, dan kete belakang aku pula hon aku, aku hon la balik supaya viva tu cepat begerak. Kete belakang aku ni tak sabar-sabar nak gerak die pun potong la kete aku. Jeling aku dan aku tau die mengatakan padaku sebab bodoh stop di situ. Aku tersenyum sahaja. Kemudia kereta belakang aku ni berhenti tetiba kerana tak dapat lalu. terpaksa undur balik. Aku pandang ke arah pompuan 2 orang dalam kete tu dan tersenyum panjang je.

Hahhahahhahaha gelak besar aku dengan rozi kat dierang. Aku stop sebab ada kete kat situ. Sape la bodoh sekarang. Orang dalam viva tu pulak aku kenal. Patut la sengaja die melambat-lambat kan keadaan. Tapi memang tak leh lupe muke pompuan yang pandu kete belakang aku tu mule-mule jeling dan marah-marah tapi pastu malu dah. hahahhahahhahahah.

Etika jalan raya tu kene gak tengok wey la wey.

Kan dah malu. hahhahahha.

Kepada pompuan tu, len kali pandang dulu sekeliling ye.


No comments:

Post a Comment