>JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis
>keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu
>
>Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga
>bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian
>darah!
>
>"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami,
>mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan
>ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa
>saya yang sebenarnya.
>
>"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang
>mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan
>muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.
>
>Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi
>kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan
>daripada Islam kepada Buddha.
>
>
>"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit
>yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata
>Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)
>
>Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila
>dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak
>Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.
>
>Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan
>keluarga tersebut.
>
>"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya
>berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar
>menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.
>
>"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan
>persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi,
>kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran
>Perniagaan.
>
>Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya,
>lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan
>Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang
>anak lelaki dengan usia yang sama.
>
>Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan
>dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima
>Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu
>bapa asalnya.
>
>Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari
>bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan
>kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah
>seperti anggota keluarga kami.
>
>"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat
>apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa,
>membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik
>bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu
>pernah bekerja sebagai mekanik.
>
>Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui
>fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan
>seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali
>pasangannya dan yakin penuh padanya.
>
>"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak
>lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA,
>Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil
>menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil
>mereka "ibu" dan "bapa".
>
>Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum
>mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan
>khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang
>mustahil".
>
>"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami
>pun meminta bantuannya," tambahnya.
>
>Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan
>menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini
>kepada kerajaan negeri.
>
>
>Yang Sedih ialah:
>1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima
>mudah agama lain.
>2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah
>Islam 29 tahun.
>3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa
>mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.
>
>Komen anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment