September 21, 2007

KES: Nurin Jazlin Jazimin

Korang smua mesti ikut perkembangan isu semasa kanak2 hilang. Banyak gak kes ni skrg.

Kali ni melibatkan nyawa seorang kanak2 yang dipercayai hilang.

Berikut hari2 yang ditunggu ibu bapa berkenaan.
Copy dari berita harian.

KRONOLOGI:
  • 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
  • 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
  • 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
  • 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
  • 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
  • 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
  • 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
  • 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
  • 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
  • 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
  • 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
  • 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
  • 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
  • 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
  • 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
  • 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
  • 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Kalau la betul adik Nurin ni kena bunuh.... memang kejam la org yang membunuh tu. Aper nak jadi orang sekrang.. Manusia bunuh anak org skali..aduh.. KEJAM...aku terharu tol ngan kes ni.

No comments:

Post a Comment