December 31, 2006

Selamat hari raya aidiladha

Assalamualaikum
Selamat hari raya aidiladha kepada smua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Raya kali ni dah masuk 3 tahun aku beraya di perantauan. Isyh.. macam jauh sgt.
Tapi jauh gak, seberang laut china selatan. Tapi takper, cari pengalaman.

December 30, 2006

Festival in Malaysia:HARI RAYA HAJI

Celebrated by the Muslims on the tenth day of the last month of the Muslim calendar. 
This is an occasion celebrated marking the conclusion of the annual Haj - the pilgrimage to the holy city of Mecca, when the pilgrims are given the title of Haji for men and Hajjah for women. Thanksgiving prayers are offered in the mosques. An animal is sacrificed whose meat was distributed among the relatives and the poor.

December 23, 2006

Tinggal kenangan

Assalamualaikum.

Di sini, aku ingin melabuhkan tirai kenangan bersama org yang tersayang kini sudah kembali meninggalkan kami buat selama2nya.

December 22, 2006

December 12, 2006

Zaman Tadika Aku

Ingin sekali aku nak citer balik kenangan aku masa aku Tadika.
Hehehe.. aku dulu masuk Tadika kemas surau darulhana. Ha, tadika ni bawah surau. Dulu surau kat atas, surau lama. Aku masih ingat lagi kedaan surau time tu. Takla usang sangat, tapi kalau hujan tempias masuk gak.
Masa aku kat tadika dulu, baju seragam kiter org kaler merah putih, kain atau seluar, biru tua. Cikgu aku, Cikgu Ani n cikgu Ros. Nama anak cikgu Ros ni, Shahril, aku rapat ngan dier. Saper lagi ek. ramai la gak. ada gak sampai sekarang pun masih kawan lagi. Qus tu dari tadika, skolah rendah, sampai skolah menengah kita org sama, tapi tak rapat sangat.
Cikgu Ani ni kira macam guru besar la, aku plak macam ketua. Al maklum aku ni rajin n suka tolong cikgu. Kalau time nak rehat, mesti aku tolong cikgu Ros sediakan makanan tuk kawan2.
Kawan2 lain tak jeles, sebab time tu kecik lagi kot nak jeles.
Time balik cam biasa aku tunggu mak aku kat luar tadika. Mak aku datang jalan kaki jer sebab umah tak jauh kot. Sebab kita org guna short cut belakang surau. Tankiu mak.
Time puasa best. Kan time tu baru umur 5 n 6 thun. Mana nak puasa. smua kawan2 makan. Tapi aku tak. Cam biasa aku tolong cikgu Ros sediakan makanan. Tapi rasa nak makan ada gak, tapi tahan jer. Mak dah pesan at least puasa setgh hari. So aku bawak bekas kosong jer tuk bawak balik makanan yang cikgu Ros bagi. Aku sorang jer yang puasa dalam tadika tu. Fuh, cayala.
Sampai rumah, aku dah tak larat sebab tgk kuoh cikgu Ros bagitu sedap. Aku gtau mak aku, aku tak larat, balik pun jalan kaki. Mak pun benarkan aku "pecah puasa"... tapi mak bangga sebab aku dapat tahan masa kat tadika.
Masa naik darjah satu, kita org ada majlis penyampaian sijil. Aku plak wakil untuk membaca sajak. Fuh, menggigil ada gak. Tapi yang buat aku bersemangat sebab vip time tu, pak sedara aku sendiri. Kita org siap pakai topi empat segi lagi. Cam graduation plak dah. Mak aku kata aku baca sajak cam keretapi. Biasa la aku ni...laju..hauhuahua sampai sekarang.
Nilah zaman kegemilangan aku di tadika kemas.

Alor Gajah

9 Dec 06
Aku sempat ikut kakak aku g Alor Gajah. Bos dier g bawak kat kawasan penternakan kambing. Panda mulanya malas. Kira nak stay melaka jer.. tapi dah dier org bawak.. ikut jer la. Fuh g kawasan penternakan naik merc. Kita org guna highway so jauh la. Kawasan tu lalu A'Famosa Resort. Jauh giler ke dalam hutan. Tapi shok coz sejuk.
Ni la gambar2 yg sempat aku ambik.

Lagu-download

http://www.savefile.com/files/332069

Anuar Zain-Perpisahan OS Cinta

Kenangan Dulu

Aku teringat lagi masa zaman skolah menengah. Rupernyer aku ni aktif gak ngan kadet polis. Fuh tak leh agak, kadet polis tu. Memang cita2 aku dari kecik lagi nak jadi polis. Tu la, sekarang kan dah zaman teknologi, butang smua di hujung jari. Smua org nak mengejar masa dan kekayaan.

December 4, 2006

December 1, 2006

MAHA(da day)


Naik monorail dari Bukit Bintang ke KL sentral.. Naik plak KTM ke Serdang.
Tunggu bas skolah yg disediakan utk org yg nak ke MAHA ni..ramai siot..berebut2...
Ni gmbar entrance nak masuk area MAHA..

MAHA(da day before)

Minggu lepas aku pegi KL...jumpa kakak aku...dier mintak teman g lawatan ke MAHA,serdang.
Nak tau aper MAHA...Ader aper kat MAHA...ehm...jom SELIDIK...
Makna MAHA ni....The Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition
Aku pegi 24 Nov 2006...

November 20, 2006

Ma Campus


Ni la campus tempat aku meneruskan langkah dalam hidup. MMU ni ada 2 cawangan... Melaka dan Cyberjaya..
Melaka senang skit nak servive...kalo kat Cyberjaya(CJ) mmg ada susah skit.. biasala.

Aku ambik dalam bidang IT...Ha..ni la faculty aku...Faculty of Information Science n Tech.

Blok ni kita org panggil FIST building. Byk gak la lab comp kat sini. Kat melaka ada 4 Faculty...
FET(Engineering)
FBL(Business n Law)
FOSEE(management)
FIST(IT n Science)



































...clc..lecture hall tempat kita org belaja.. ni main nyer lecture hall..ada byk lagi..

November 19, 2006

6 Syawal

6 Syawal/29 Oktober 2006


Aku , kakak aku n kazen aku pergi beraya ke Debak. Nak tau Debak ni kat mana... ehmm 4 jam dari bandar Kuching, selepas Sri Aman.
Nasib baik jalan dah ok...dulu berbatu2 sebab nak buat highway ni.
Pagi2 kol 8 dah bertolak. tapi dalam kol 9 baru jer kat area nak kuar dari Bandar Kuching. Kita 3 org jer yg pegi. Kakak aku ni mmg dah biasa bab nak pandu kat sana.
Kalo dari Kuching nak ke Miri ambik masa 10-12 jam(speed biasa jer).
Dalam kreta ni aku ngan kazen aku mmg kuat tdo. heheh...aku mmg mengantuk..sebab tak cukup tdo. Kazen aku ni sempat bawa bekalan makanan.....roti canai n kari daging. Aku tak nak makan sebab aku boleh jadi pening lalat sebab aku mmg tak berani makan makanan berat pepagi kang tak pasal2....beraya kat toilet petronas jawabnyer. hahha..

Masa dalam perjalanan ni kakak aku ditemani radio jer la... aku mmg baring kat kerusi belkang.. nasib baik waja ruang belakang luas.. lena la aku terbaring...

Tetiba aku terbangun.. kakak aku citer la...tadi lalu kawasan polis road block... kakak aku terus pandu jer...kang dier ingat saper la terbaring kat belakng...tak pasal2 kakak aku dier org kater menculik plak...ahhahah...maner idak nyer...2 2 tdo sakan...

kakak aku ni sempat plak berhenti kat Layar(salah satu perhentian) rupernyer nak makan roti canai.

Pastu sambung balik perjalanan..tdo balik..aku pantang bawak jalan jauh sebnarnyer..hehhe..

Sampai jer kat Debak dalam pukul 1 tghr lebih..

Ini kali pertama aku ngan sepupu aku g umah mmber kakak aku ni. Aku terkejut skali bila tengok tongkang yg teramat besar dan banyak.
..rupernyer dier org simpan khazanah2 lama n barang dari rumah panjang... Aku mmg fobia tgk benda macam ni sebab benda camni dier org suku kaum dayak,iban,bidayuh....suka simpan abu mayat kat dalam tu...

Isyh..pastu org umah tu bawak aku ngan kazen aku g bahagian belakng...ada byk n bermacam2 jenis ada kat situ...berusia beratus-ratus tahun. Umah dier org ni tarikan dari luar cam org muzium dan org berniaga kat Main Bazaar(brg2 kraftangan s'wak).

Dier org ni ada bukak kedai kecik kat depan umah. Aku aper lagi on jer nak bli keropok...al maklum terkenang zaman kecik2 dulu...satu lagi aku ska bli POK...POk ni korg cabut kretas... tgk la kalo kena berapa sen ker seringggit ker...kalo tak der paper..takder nasib la.. aku bli 50sen... 5 keping...aku menang Rm1.80..heheh...masa kecik dulu mmg aku suka bli ni...ada skali aku dapat permainan besar..hhehe..

Ada sorg budak ni nama dier Musa...kesian aku tgk..rupernyer dier ni tak betul skit. Tapi ada gak keistimewaan dier...dier boleh hafal ayat2 al-quran dan terutama ayat-2 untuk ubat org. Dulu masa skolah menengah dier terlebih ambik ubat batuk ...tu buat dier tak betul... mmber kakak aku mmg takut giler kat si musa ni.. kita org pun takut gak la...hhehe..

anywhere..kita org balik petg skit... seperti biasa...tdo lagi aku dalam kreta...sempat gak kita org beraya kat umah kawan kakak aku yg len kat bandar..haha...penat tol...

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia
berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah
yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-


Sabtu kembali lagi....

18 November 2006

12.30tghr
Aku ngan L kuar lebih awal...budget nak cari kreta sewa... boleh dikatakan dah abis smua org sewa..Ada sekumpulan dak arab sewa sebab nak g kenduri kawin mmber dier(org jordan) yang kawin ngan org melayu. cam best jer bunyi dier...anywhere..kita org ni sebnarnyer nak g umah member kita org sebab dier jemput makan sempena raya.
Kalo gna kreta sewa...kita org pakai baju kurung tapi kita org naik bas. Aku n L terus balik umah n bersiap.

2.00ptg
Aku,Dena,Nandeska,Lela,Fiz n Wani tunggu ler bas kat tempat biasa. Masa bas tuah ni dah nak smpai kat depan kita org...aku pun melangkah ke depan skit diikuti dak lain. Aku dok perhati lori tengah lintas depan aku pastu tetiba motorsikal kat belakang tu tergelincir n teenage tu terpelanting kat depan...motorsikal tu betul2 depan mata aku. Aku nak tolong tak sempat sebab aku ni shock dah.Trus naik bas. Member aku kater naper tak tolong.Kang aku plak kena tinggal bas. Takper, ada dak lain kat belakang tolong. Nasib baik dak cina ni tak papa. Smua org terkejut sampai kepala aku pening.

2.30ptg
Sampai kat area Melaka Sentral. Masa bas tuah ni nak masuk ke terminal, (belok kanan) tetiba kreta waja ni nak jalan. dah la tak bg signal, dah tau tu tempat bas masuk, yg dier ppegi parking kat situ kenapa. Driver bas ni terus break mengejut. Smua org kena impact masa tu. Conductor bas yg duk krusi depan tu nyaris nak terhantuk kat cermin depan bas tu. Isyh...2 kali nyaris arini... Istighfar bebanyak..

3.00ptg
Bas nak ke kerubong tak sampai2. Kita org plak tgh heran dok tgk org sekeliling tu. Yg makcik cina ni plak kehulu hilir cari org. Membebel kat budak pompuan kat depan kita org. Budak ni plak angguk ajer. Kesian plak aku tgk 2 org ni. Pastu kerenah bebudak di sekeliling mmg menyakitkan mata. Pakaian entah paper....budak skolah dah pandai nak berpegang tangan. Ish..Astaghfirullah.
Kita org boleh dikatakan tgk wayang free. Heheh...
At last..naik bas ke tampoi. Nanti bapak si Fiz ambik kat bus stop.

4.00ptg
naik la bas awam ni. Takder aircorn. Aku duduk ngan si nandeska. Kalo panas belah kiri, kita 2 org pindah belah kanan. Kalo panas belah kanan, kita org pindah belah kiri. Dah la bas ni laju, angin kencang masuk lam bas tu. Rambut aku dah macam kena kejutan elektrik. Ahaks.

4.30ptg
masuk kawasan kilang kat cheng. Ujan lebat plak dah. Kita org kena lah tutup tingkap tu. Tapi air masuk gak. Bas tu macam nak banjir jer. Pindah lagi blah kiri. Bebudak kat belakang plak bising sebab air ujan masuk.









4.45ptg
Sampai kat area nak tunggu bapak Fiz. Kita org berujan nak g basstop tu. Bapak Fiz pun sampai tak lama kemudian. Budget nak suh si Wani ni duduk kat kaki si Lela tapi aku masuk dulu. Aku plak duduk atas kaki Lela. Kepala aku plak kena membongkok dah. Muat jer la...sebab tak jauh umah dier org. Tapi wani aku suh duk kat Dena. Aku dapat la duduk atas krusi. Umah Fiz jauh ke dalam. Best tempat tu. Sejuk banyak pokok2.

5.15ptg
Makanan terus dihidang. Kita org aper lagi..kelaparan.
Ada satey ayam ngan daging. Nasi himpit, lotong, ayam masak merah. Aku aper lagi bedal la..Mmg lapar. Sampai 3 ketul ayam aku bedal. Satey dah tak tau berpa cucuk dah. Pastu Fiz bawak jalan2 sekitar umah dier. Ada kandang lembu, kerbau. Besar gak. Fuh memang tenang.

5.45
bapa Fiz anta kita org balik ke hostel.

END

November 17, 2006

selera aku.....(part2)


Sehari sebelum aku balik melaka...sedara aku ni jemput makan kat umah dier..."berambeh"
ehmm..mak aku tak ikut coz sakit kaki...
Kat umah ni kita org dihidangkan masakan tradisi.."linut"..aku yg buat la..
aku ngan kakak aku ni ada la pakar skit nak buat "linut"ni.. aku tak berani nak tuang air panas takut terlebih atau terkurang...so aku ambik tugas nak kacau jer.. so..
firstly...tepung sagu(original punya) kena bancuh ngan air suma skit...pastu baru bancuh ngan air panas, masa bancuh ni...tak leh stop...kena gaul sekuat boleh n kena rata. Aku gaul2 sampai terjadilah gam atau "linut"...
Sambal untuk "linut"ni...kerabu mangga...arituh memang pedas siot...tapi sedap...so nak ilangkan pedas tu..aku g jalan2 dulu n ambik gambar..sepupu aku ni sorg tanya naper aku kehulu hilir...sebab nak ilang kan pedas..dier plak kater pedas tu yang buat benda ni sedap..so..aku yer jer..tetiba dier tak perasan aku tgh tgk dier..dier bgtau kat wife dier sambal tu pedas...ahaks kantoi..
aku kata la balik..pedas tu la sedap...muka dier dah merah dah..
Best...memang shok berkumpul time ni..tapi sedihnyer...makcik aku sorg lagi tak dapat datang sebab masuk hospital..balik dari situ aku ngan bapak balik umah dulu pastu aku bapak n mak g hospital lawat makcik aku.. masa tu baru ada darah masuk badan dier..penderma pun dari member ister sepupu aku. Esoknyer sblom g airport sempat gak aku nak singgah hospital nak ucap selamat tinggal.

Nasib kazen aku

Ni aku memang dah janji kat sepupu aku yang aku nak citer aper yg terjadi kat dier seblum raya n ketika raya...
Ahaks..
Masa balik puasa tu...aku tak jumpa dier coz dier masih kat campus lagi..
Sehari nak raya ni aku dengar berita dier p anta kawan dier kat airport sebab nak balik raya.. so aku tak pikir paper la..oho..anta kawan...
Pastu masa pun berlalu...sampailah 1 Syawal..
1 Syawal...
Cam biasa...sepupu aku datang umah.. biasala kita org..umah sebelah menyebelah ajer...
Entah kenapa pagi tu dier berbisik kat aku..."esok boleh tak temankan g kat satu tempat ni...?"
Aku pikir la..nak g maner plak ni dah.. takkan awal2 pagi pegi beraya kat umah org...aku musykil.
"g maner?"
"ala ada la kat satu tempat ni...mesti tau punya..."
"Ehm...ala..nak g maner..gatu jer la..."Muka aku plak suspen..takut plak aku dbuatnyer..
"jangan bising sangat"dia ambik telefon dier pastu type sesuatu..
dalam mesej tu aku baca la balik....
"aritu masa anta kawan kat airport..polis trafik saman sebab parkin tak ikut papan tanda..please.. jangan bgtau kat saper2"
"oooo...."sshshhshs sepupu aku terus suh aku diam..
senang aja cerita itu, nasib baik dier kena polis trafik...kalo jpj..melayang la duit raya dier..

2 Syawal
pagi2 aku tanya kat kakak aku..."guna kreta tak?"
"nak g mana?"
"Ada lah hal skit"
"jangan lama sangat" sebab dier ni nak g beraya ngan member2..
Aku terus sms kat sepupu aku ni yang aku guna kreta kakak aku..
Pagi tu kita org pegi la kat balai polis d Simpang 3.. la...tutup..aduh...sepupu aku ni dah bengang.. kang tak pasal2 kena bayar lebih atau kena denda..
Aku relaks kan dier..esok ada lagi..lagipun bukan salah kita org tak nak bayar...tapi tak bukak.. heheh

3 Syawal
Giliran aku plak jalan ngan member2 aku..
Sepupu aku sms aku kater dier dah bayar saman tu... kena Rm50 jer..
Melayang dah duit raya...

9 Syawal
pagi tu kakak aku mintak tolong anta hp dier kat opis...ehmm dahtu sempat suh aku blikan mee goreng tapau la..aku mintak tolong member aku ni g anta kat opis kakak aku...siot...ujan lebat giler...ehm takper...okay jer...
selesai smua..balik umah...pastu aku nak tdo..
tetiba sepupu aku call kat umah...
"nak mintak tolong jap..datang sini sekrang...adahal musatahak teramat sangat."
aku pun g lah umah dier ... aku buat cam biasa jer la...
pastu aku naik la atas nak cari sepupu aku ni....aku tanyala.."naper?"
rupernyer...dier baru jer lepas langgar sebuah kreta masa kat kedai runcit seblum tu.
So bapak dier tak tau..kita org kuar umah buat cam biasa jer la... Bukan aper..sepupu aku ni rendah skit dari aku..pastu bawak pajero..tak nampak la kreta kat belakang tu.. kereta ni plak kelisa..tak elak..isyh...
Bapak budak tu n da geng tengah tunggu kita 2 org..fuh..menakutkan jer ... cam geng n da star.. skrang kena waspada tol2 la kita 2 org.. so turun jer dari kreta sepupu aku terus jumpa bapak budak tu.. nama org tua tu punyalah panjang ada pangeran, sepupu aku plak salam kat dier.. dahtu org tua tu ingat aku adik dier..ehhe...sepupu la pakcik..org tua tu pun hulur tangan kat aku..salam ler..hehe.. kita org buat cara aman jer...sepupu aku rekemen bengkel dahtu dier ikut jer lah..
Nasib baik berjalan cam biasa...tapi esok baru dapat baiki kreta tu...

10 Syawal
petang tu sepupu aku mintak teman aku g bengkel tu sebab nak bayar smua tu... aku ikut la...
sampai kat bengkel tu....org yg baiki kreta tu belum muncul so kita org dipelawa duduk...
tetiba ada ramai plak org dtg...keluarga bengkel ni... ada sorg ni bawak baldi kecik..aku tgk jer la aper benda kat dalam tu... panjang n terkeluar..kaki itik kot... tapi bila lalu kat depan aku.. aik... 3 kuku..ehem ...len macam jer...lor...kaki babi rupernyer.. isyh...lalu depan mata aku tu...ahaks..
pstu baru org tu muncul...selesai bayar jer..terus kita org blah.....

kesian plak aku ngan sepupu aku ni...dah la nak final exam...takper...pengalaman.. jadi pengajaran kat aku gak...

Jalan2 kat bandar

11 november 2006

pagi aku bangun awal skit...nak kemas bilik...basuh pakaian...n basuh cadar...haha...hari mengemas rumah..

tetiba tergerak plak ati aku nak g MP(mahkota parade)...mmg dah rancang dah ngan mmber aku si Yat. Ehmm

pegi tak ek.. pegi jer la...tu pun last minute..kol 12 g la...

banyak gak citer yg membuat aku meluat terjadi...

*couple berpeluk pelukkan kat kwasan awam...dah la pompuan ni guna baju kurung...bertudung...isyh... memalukan la..

*penkid ni aku perasaan dari awal naik bas nak ke MP... ruper nyer dier temankan awek dier g keja kat kedai baju.. aku terserempak la kat lam kedai tu.. dah tu aweknyer plak asyik tertunjuk2 jer punggung dier kat si penkid ni..isyh..nak termuntah aku..

*penkid lagi....aku ngan yat nak naik bas balik melaka sentral...couple ni duduk betul2 depan kita org.. so nampak la reaksi2...free show...si pompuan ni baring kat bahu si penkid ni la...dah tu penkid baring kat peha pompuan ni la..dah tu penkid ni kiss pipi pompuan ni...n last skali bibir plak...isyh...NAUZUBILLAH....

-takper la...aku sajer je nak kongsi bersama cerita aku ni... anywhere..masa aku g MP...aku ngan Yat sempat plak g Dataran Pahlawan....mall baru... boleh tahan...

kedai2 kat situ havoc....masih baru la...


Anak Perantauan nak balik raya

8 Oktober 2006

3.00pagi
Anak perantauan balik ke kampung halaman..
Pengalaman baru bagi aku..di mana kali ini aku balik guna airport Senai,Johor.

Awal2 pagi lagi lepas

sahur aku tdo kejap…(lepas subuh la) pastu lepas 3 jam aku tdo..aku terus mandi
dan bersiap nak bertolak.

8.00pagi
Aku keluar dari EP(apartment aku duduk) ni kol 8.00 pagi.

Aku pergi ngan member aku sorang ni. Nama dier D. Dier nak balik Perak so, kita
org naik la bas awam sama2.



Sampai jerk at Melaka Sentral.. kita org duduk la lepak
tunggu time bas kita org nak bertolak. Bas si D ni tolak kol 9.00. Aku plak kol
9.30. Ala
beza setgh jam jer. Bas aku bas KKKL(org kater bas ni bas VIP) mmg selesa la
gak. Nasib baik aku kena kerusi single. Seperti biasa..aku akan call bapak
aku..nak bagitau anak dier dah nak bertolak ke JOHOR…

1.00tengahari
Sampai kat Johor..aku

janji ngan mmber aku sorg lagi. Anak perantauan gak. Nama dier D gak. Tapi syle
org nyer. Aku tunggu punyer tunggu…bersms la ngan si D ni. D ada dalam bas awam
menuju ke Larkin tempat aku tunggu dier. Tetiba dalam mesej dier.. dier habaq kat
aku dier termuntah dalam bas. Dias uh aku tunggu kejap. Aku tunggu la dalam
sejam lebih duduk kat terminal tu. Aku plak takut ngan org sekeliling. Biasa
la..tempat baru pertama kali aku jejak.
Aku anta balik sms
kat si D. Aku Tanya la, ko ni patah balik umah ker atau tolong konduktor bas
bersihkan bas tu.

2.00petang


D plak balas…aku ondaway. Aku bersabar jer la. Lagipun aku
duduk jer. Tetiba ada pasangan ni ngan anak dier. Bini dier dukung anak dier
dalam usia 5 tahun camtu. Tetiba muntah tersembur terus ke lantai. Aduh..naper
lah muntah depan aku. Aku plak sabar jer la.. Kan puasa. Aku terus tunggu jer biler la member
aku ni nak datang.

Tak lama selepas tu…dier datang dengan gaya dier..aku nyer instinct dah agak dier sedang

menuju ke arah aku..Aper lagi…suara aku ngan si D ni mmg heboh gua cakap sama

lu. Hahha…biasala member berjumpa ngan member. Smua org tengok kita org…hahha… past
uterus blah la kita org..

Jam awal lagi.. flite aku lewat….kol 7 lebih(ptg).

2.30petang
Simpan luggage kat

ruang simpanan bagasi. So yg kena bawak Cuma bag laptop. Dah lah berat siot.
Aku , D ngan mmber D…Chup.

Pusing2 kat dalam terminal

Larkin tu….kedai2 lah…Pastu buhsan giler…aku

tgk si D ni dah tak larat nak jalan…so…kita org lepak la kat depan Dunkin
donat.
Lepak kat situ hamper

la sejam… bukan aper..penat ow….

4.00petang
Jam plak dah kol 4…so aku ajak si D ni jalan2 bli juadah

skit..aku blilah roti jer...Dah tu si D n Chup anta la aku kat bas awam nak ke airport.

Sampai kat bas tu..aku terlupa bli air mineral. Aku suh D

blikan. Bas plak dah nak bertolak..aku suruh la abg ni tunggu tapi abg tu kater…kat
airport ader org jual..aku malas nak
bli kat airport.. ehmm…tetiba aku tgk byg2 D ni…D terus lari sempat gak dia
hulur aku botol mineral..Abg bas ni sempat gak senyum tgk kerenah kita org.

Duduk la dalam bas tu.. Ada la minah pekerja asing ni duduk sebelah

aku.. Dier Tanya la kau nak g airport ker..aha…aku ni kalo dah penat…malas nak
bercakap..Driver bas ni plak sempat Tanya…kol baper aku nyer

flite..aku kata la kol 7 lebih. Dier plak kater awal lagi..suka ati aku la nak
awal ker tak..Dah tu sampai gak aku kat destinasi…

5.00petang
Di airport Senai…Aku call bapak aku yg

aku ni dah sampai airport.

Aku terus check-in

luggage aku. Malas aku nak kehulu hilir ngan beg aku ni. So.aku terus g scan
bag aku then aku beratur la nak ambik tiket. Sampai kat uncle MAS ni…aku bagi
la kertas kecik yg aku tulis reference number. Dier pun mintak ic aku..hahha…nampak
lain..aku kater la itu aku…bukan men clon2…hahha…Dier lekat stiker beg aku kat
kertas aku tadi.. pastu dah selesai smua..uncle MAS ni ucapkan gud luck in ur study….baik tol org
ni.. aku terus la cari tempat nak duduk…nasib baik ada…la makcik ni tetiba
tunjuk aku kater aku ni ker yg temankan perempuan ni balik KCH….aku geleng
kepala…
La makcik ni dah salah org..

Aku duduk jer la depan dier org… la…org senegeri ngan aku…

bila makcik ni dah tinggal sorg..aku berani la nak tegur supaya dier tau aku ni
senegeri.. ceh.. bila aku Tanya dier naik sama flite ngan aku dier angguk gitu jer..tadi bukan peramah lagi…
ni tak plak.. so…aku malas nak cakap ngan org ni.. bukan aku sombong tapi aku
malas org camni…Aku terdengar la perbualan dier ngan org senegeri gak tapi lain daerah

la…aku dapat tau makcik ni duduk tak jauh dari kampong aku…tapi dak perempuan
ni lagi jauh tempat nyer.. ceh org kampong aku gak…aku terdengar la perbualan
dier org…dier ni wat kek lapis so anta ke Singapore….Bangga la tu…ceh…tak
baik riak sangat….Aku tak suka org over sangat…

7.15petang
Pastu terdengar azan n org lain dah makan..aku klua kan roti aku pastu duduk

kejap…n terus jalan g masuk boarding room…malas aku nak layan kerenah org
sombong camni..Pastu aku bli la gula2 frozz…aku mmg suka gula2 ni…nasib

baik ada Watson kat lam boarding room…pekerja situ baik giler…tanya aku nak
balik maner la…..berapa lama la… pastu ucap slamat jalan…org sini plak ramah…Pastu…aku duduk betul2 depan pintu nak masuk plane…Karang aku citer aper berlaku dalam plane…lagi sakit ati aku….

Ni gambar2 aku

tangkap masa dalam plane…gmbar nyer tak ler jelas sgt..sebab aku guna 1.3
megapixel hp camera…


Mahkota Parade Melaka

Ni masa aku g MP...time ni ujibakat mencari bintang Pantene....






Kereta control ni harganya hampir seribu...aku ni dah la minat kereta control...nanti aku bli ko..hahhaha

selera aku.....

HAhaha...ais kacang time.. ni namanya Stone Ice.. ni ada kat kedai Snow Ice restaurant.. ala kat Proton Edar Jalan nak menuju ke Satok. Saper tau tu senang la.. Ehm.. ni first time aku n kazen aku pergi sini...macam jalan2 cari makan la plak.. al maklum selepas menyelesaikan satu masalah.. (masalah?..nak tau aper... karang aku citer..) Citer pasal makanan dulu... dalam ni dier org bubuh jelly...lemon...betik....aloe vera.... entah aper lagi..byk la gak..heheh..tapi sedap..





NI plak naman nya...D'Alif restaurant.. aku mmg suka makan kat sini...Tempat ni pernah masuk gak lam Jalan2 cari makan..Ada kat waterfront.. Sedap mmg sedap..tapi harga dah naik.. Paling glamour kat sini Burger ketam..sebab dier org guna ketam berkulit lembut.Dier org ternak sendri ketam ni kat ladang di Sematan(kot).
Mak aku plak suka sangat makan nasi goreng nenas..kalo makan kat sini..nasi ni dier letak dalam buah nenas sendri...harga dah naik gak..dulu rm5.00 jer...sekarang..rm7.80..biasala business..Kat Bukit Bintang ada gak la..




Ni fav aku tau...aper ni?...ni namanya Mee kolok specail...ha..aku baru jumpa yg sedapnyer..mmg aku suka punya..tempat ni org panggil Barok.. MyVillage Barok Bistro...sebrang waterfront atau di kampung Boyan,gersik. Empunya kedai ni aku mmg kenal la gak..Baik orgnya.. Dalam mee ni yg buat aku terliur sebab ada perut sapi...tendon...n daging.. aku mmg suka makan mee kolok ni dari kecik lagi.. Masa dulu2...parent aku bawak kat Benteng jer..tapi sekarang restaurant tumbuh cam cendawan...

Ni chicken chop...mak aku makan la ari tu.. boleh tahan...Ayam segar...ala..biasalah western food.. mmg sedap jer...n bawah ni beefsteak...kakak aku makan...



















Di restaurant sama...aku melantak giler ari tu..ni side order aku.. butterchicken..kalo kat seafood..aku suka butterprawn.. ni plak guna chicken.. boleh tahan...ingatkan medium ni skit..lor... bayk siot..kenalah bawak balik lebihnyer.. walaupun servis lambat..tapi makanan memang memuaskan...tapi air ada kureng skit.. Tunggu aku Barok..aku kan kembali...