January 6, 2012

Resepi : Nasi Campur

Wats up korang.

Macam biasa, cuti new year plak aku g masak sesuatu len dari yg len. Resepi biase je sebenarnye. ehhehe.
Bagi beginners nak try masa, leh aje try, aku bukan pro tp beginners nak masuk ke middle je. Asal reti masa je la kan. Jom kite tengok resepi ape Nasi Campur. ehehhe.


Nasi Tahun Baru:
Bahan:
Beras (sukatan terpulang)
Air (ikut sukatan beras)
Tumisan:
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kayu manis,
bungan lawang,
buah pelaga.
Semua ni dikisar dan di tumis dulu dalam kuali ye.
Macam biasa dan bersihkan beras tu, masukkan beras same air dan tumisan sekali, kemudian biarkan ia masak. Jangan lupe garam ye. Kalo nak kasi best, letak majerin. Daun pandan kasi bau harum.

Ayam masak Merah:
Ayam:
Ayam dipotong, dan dibersihkan kemudia ditos kasi buang airnye.
Kemudia perapkan dengan serbuk kunyit same garam skit.
Dah perap lam 20 minit, goreng plak ye. Jangan goreng lama sangat or terlalu masak.
Tumisan:
2 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
1 inci halia(kisar)
Kayu manis
bunga lawang
bunga lawang
Tumis ni semua dulu ye. Sehingga naik bau tumisan tu.
Kemudian masukkan ayam goreng tu, Kalo nampak kuah macam pekat sesangat, tambah air. Jangan banyak sangat air. Air untuk bagi senang kita gaulkan kat ayam. Pastu tambah sos tomato dan cili. Last sekali masukkan susu cair. Jangan lupe letak garam dan gula secukup rasa. 

Kemudian biarkan seketika, kalo leh gaulkan selalu bagi mengelak kuah di bawah hangit atau melekat.

Udang Tempoyak:
Udang:
Udang dibersihkan, terutama buang tahi die yg kat belakang tu, dan buang janggut die kasi kemas dn sedap nak makan.
Senang je ni.
Tumisan:
Sediakan kuali, dan biarkan sedikit air mendidih. Dan masukkan tempoyak ke dalam air yang mendidih tadi. Kemudian baru masukkan udang dan letak sedikit serbuk kunyit.
Potong bawang besar bulat2 macam ring tu. Dan masukkan ke dalam masakkan. Last sekali garam dan gula ikut citarasa.

Ni resepi aku pada hari tu. Yang kerabu tu tambahan sahaja. 

Selamat mencuba semua.




No comments:

Post a Comment