June 10, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 7


(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg1 Bhg2 Bhg3 Bhg4 

Bahagian 7: Menuju ke bahagiaan

Sudah sebulan Suraya mengosongkan meja di sebelah Khairil. Tiada lagi cerita-cerita panas untuk dikongsi bersama denganya.
Khairil namun mempunyai kehidupan baru. Kemunculan anak gadis tempatan bernama Eisya telah memberi sinaran baru di dalam hidup Khairil di mana pada suatu ketika dahulu dia pernah dilukai malah di racuni oleh wanita yang mahukan kemewahannya sahaja.

Eisya seorang gadis bekerja di sebuah syarikat swasta mula berkenalan dengan Khairil ketika Khairil menjemput anak sedaranya di tempat kerja. Kerana terlalu ramai adik beradik, abang Khairil yang sulung mempunyai anak hampir seusia denganya. Anak sedaranya sememangnya rapat dengan Eisya kerana mereka bersekolah di sekolah yang sama dahulu.

Khairil yang sudah lama meninggalkan kisah-kisah pahitnya, memulakan keceriaannya dengan gadis cinta pandang pertamanya. Dengan berbekalkan khidmat nasihat yang pernah Suraya berikan dahulu banyak membantunya bersemangat untuk terus dengan hidupnya.

-------------------------------Selepas 4 bulan ----------------------------------------------------

4 bulan telah berlalu dan cinta antara Khairil dan Eisya semakin cerah untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Khairil yang sudah lama merancang untuk menukar statusnya daripada bujang kepada berkahwin, Khairil menghantar rombongan untuk meminang Eisya.

Pinangan Khairil diterima dengan gembiranya oleh keluarga Eisya membuat Khairil begitu pasti untuk mempercepatkan untuk ke arah seterusnya.

-------------------------Suratan--------------------------------------------------------------------

" Aku perlukan sedikit lagi pencapaian untuk mendapatkan duit lebih sebab aku rasa aku nak buat majlis kat dewan. Belanja untuk majlis lagi. Takpe, untuk Eisya aku sanggup bersedia menghadapi segalanya. "

Inilah bisikan Khairil ketika termenung di luar jendela rumah sewanya sambil menyedut asap rokok. Berkepul-kepul asap di ruang jendela mebuat Khairil terbatok seketika. Hasrat dan impiannya semakin menjadi kenyataan iaitu untuk berumah tangga dan mempunyai seorang isteri yang betul-betul menyayanginya.

Khairil dan Eisya sentiasa berjumpa selepas habis waktu bekerja dan mereka kerap berbincang tentang persediaan untuk perkahwinan mereka yang bakal berlansung dalam 6 bulan lagi.

---------------------------------Bulan Mei 2011-----------------------------------------

Suraya yang telah bekerja di tempat lain sudah jarang berhubung dengan rakan-rakan sekerjanya dahulu kerana terlalu sibuk dengan tugasan baru yang diberi kepadanya.

Laman sosial Facebook telah memberi sedikit perkembangan berita baru dari rakan-rakan sekerjanya  dahulu. 

Dengan secara tiba-tiba Suraya ternampak gambar yang telah dimuat naik oleh salah seorang rakanya agak mengejutkannya. 
" Khairil masuk hospital?? Sakit ape ek die ni" Suraya seolah-olah bercakap dengan monitor yang tidak mampu menjawabnya. 

Suraya segera menghubungi salah seorang rakannya dahulu untuk bertanyakan perkembangan Khairil.

Apa sakit Khairil?

-----------------Bersambung----------------------------------


No comments:

Post a Comment