May 24, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 4


(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg1 Bhg2 Bhg3  Bhg5

Bahagian 4 : Mesej dari ayang

Kring...kring....kring.....
Telefon di pejabat berdering-dering tanpa henti sejak dari tengahari tadi. Ini disebabkan petang ini jumlah peratusan untuk produk di syarikat Khairil bekerja akan naik. Mereka berusaha untuk menyelesaikan mana-mana kes sebelum peratusan berubah.



" Cepat push Ah Meng. Sikit je lagi you nak capai dah. Suraya, mane sales you arini? Takde ke?" En Rahimi dah seperti tauke ikan di pasar basah.

Khairil yang begitu tenang hanya membaca sms di telefon bimbitnya kerana semua pelanggannya semua dah selesai. Khairil hanya menanti saat untuk berkumpul dengan rakan sepejabat yang lain untuk mesyuarat yang sentiasa diadakan pada hari sebegini.

----------------------------------Di dalam mesyuarat-----------------------------------------------------
"Tahniah kepada mereka yang dah capai pencapaian. Yang belum tu minta usaha lagi. Terutama yang baru tolong minta tunjuk ajar dari senior dan ikut dierang masa pegi keluar marketing. Sebelum bersurai, nama-nama yang saya panggil ni, minta stay dulu di sini ye" En Rahimi terus menyebut nama-nama pekerjanya.

Nama Khairil juga turut disebut oleh bosnya.

Seorang demi seorang mereka diberi peringatan kerana ada yang ada masalah dengan pencapaian dan ada masalah kehadiran. Khairil la orang nye tu.

"Khairil, kehadiran awak masih belum dibaiki. Awak ada masalah dengan keluarga ke? Kesihatan? Kawan-kawan?" En Rahimi bertegas dengan Khairil kerana risau takut-takut pihak atasan mengenakan tindakan ke atas pekerja bawah jagaannya.

"Minta maaf bos. Saya tak ade masalah ape-ape." Khairil cuma memjawab begitu sahaja sambil memandang ke arah buku notanya sambil memegang pen.

-------------------------------------Selesai Mesyuarat--------------------------------------------

"Wey Khai, ko ade problem ke. Kalo ade, luahkan. Aku leh pinjamkan telinga aku untuk ko luahkan ape problem ko sampai ko nye kehadiran dah merosot" Suraya yang turut berada bersama di bilik mesyuarat terakhir tu.
"Takde papelah. Saya ok je. Awak tak perlu risau lah. Bila nak lepak-lepak. Jom ajak semue g karok ke. Men badminton, suh bos sewa court ke." Khairil tersenyum.

"Heehhe, tengoklah keadaan. Kalo karok, tengok tempat lah ye. Saya ni kurang nak g karok. Al maklum tak reti nyanyi, sore pun cam panggil hujan." Suraya sebenarnya tidak suka untuk berkumpul begitu kerana baginya buang masa dan buang duit. Baik duit dikumpul untuknya kawin.

Dengan keasyikan berborak, ada mesej masuk, Khairil segera membacanya.

            Abg, ayg nak pinjam duit. RM1000 nak gune tuk beli barang-barang.

Khairil dengan mudah membalas mesej tersebut

              Boleh ayg. Nanti abg bank in kan kat ayg duit tu k.


Sebelum bergerak balik, Khairil terus memasukan duit ke akaun buah hatinya. Dengan mudah Khairil memasukkan RM1000 menggunakan mesin cash deposit, dan memasukkan no akaun Nurul.

-------------------------------------Bulan Ramadhan----------------------------------------

Bulan puasa. Bulan mulia.
Suraya seperti biasa akan mulakan mengedar risalah untuk perniagaan biskut dan kek lapis. Walaupun baru permulaan baginya tetapi dia tetap gigih dan berusaha.

Bulan puasa, Nurul dah berpesan dengan Khairil supaya memberi kepadanya duit perbelanjaan untuk persediaan raya. Bagi Khairil, kalau itu membuatkan Nurul gembira dan sayang kepadanya, Khairil akan turut apa sahaja permintaan Nurul.

Walaupun bulan puasa, Khairil berusaha keras untuk mencapai target yang diminta oleh En Rahimi.

Sejak kebelakangan ini, Khairil seperti tidak indah akan dirinya. Tanpa henti, rokok silih berganti dari bibirnya walaupun bulan puasa. Suraya sesekali terpandang perangai Khairil kian berubah berusaha juga memberi nasihat namun hanya senyuman sahaja mampu Khairil jawab.

No comments:

Post a Comment