May 20, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 2

(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg1 Bhg3 Bhg4 Bhg5
Bahagian 2 : Cinta Khairil 

" Khai, ko tak gi mane2 ke arini, jmpe client ke?" tanya teman pejabatnya Safuan.
 " Ade, aku nak jumpe client aku kat bangunan sultan iskandar. Tapi aku kene call dulu baru jumpe. Nape Wan?" Khairil atau lebih glmaor dipanggil Khai hairan Wan bertanya awal-awal pagi.
 " Saje je bertanye. Jom kite gi lepak kat warung kat bangunan sebelah " Safuan mengajak Kahiril untuk bersama bersarapan.



 " Ko belanje aku ok aje. " Khairil tanpa segan silu meminta untuk Safuan belanja minum.
 " No hal, aku belanja tapi kuar duit tu dari poket ko ye. Hehehhe...Aku gurau aje, jom kite pegi, kite ajak skali Ah Meng" pelawa Safuan dan terus mengajak Ah Meng keluar.

Di Warung Hijau milik Dato' Marzuki. Sebenarnya sebuah kedai makan tetapi nama gelarannya dikalangan pekerja-pekerja pejabat di situ Warung.

 " Mat, teh tarik tiga" pesan Safuan kepada salah seorang pekerja di warung tersebut.
 " Khai, bulan lepas ko dah capai target tak? Aku ni dah buntu dah, tak tau la camne nak cari client lagi. Ko ajar la aku camne." Safuan yang kini sudah tiada jalan untuk mendapatkan pelanggan untuk meningkatkan pencapaian  nya.
 " Ala aku buat macam mane ko buat jugak. Biase-biase aje. cam biase mengayat katakan. Tapi kene usaha la yang penting. "
 " Ko ni memang suke mengayat, mane tak client semue aweks je. Tol tak Ah Meng. Ko plak Meng, Senyap je dari tadi. Ade masalah ke?" Tanya Safuan sambil menghirup air teh tariknya.
" Eerm. Aku tak ade prob. Macam ni aje. Lu orang cakap pasal ape tadi?" Ah Meng yang kelihatan blur sebab asyik dengan telefon bimbitnya.
 " Lorh, Ingatkan Ko ni dengar. Tak apelah Meng. Ko tu mesti tengah tunggu bini ko mesej kan. Mesti kes kene marah lagi ngan bini sebab merokok kan?. HHhahahaha... Kesian kawan kite ni Wan. Mesti malam tadi tak dapat kasih sayang ngan bini...Hahhaha" Khairil suke berjenaka dengan teman sepejabatnya dan tahu seberapa sedikit cerite si Ah Meng.

---------------------------------------------Kembali ke Pejabat--------------------------------------------

 " Khai, bos panggil engkau. Die tunggu kau kat bili die" pesan Lucy sebelum beredar untuk keluar berjumpe dengan pelanggannya.
 ' Aduh, apesal bos panggil aku ni. Aku ade buat salah ke?' bisik Khairil sendiri semasa berjalan menuju ke bilik bosnya. Yang pasti muke nye senyum sentiase walaupun masalah menimpa dirinya.

------------------------------------------Khairil keluar dari bilik bos---------------------------------------

Khairil segera mengemas barang-barang keperluan untuk berjumpe dengan pelanggannya yang telah dijanjinya sejak dari awal pagi.
Dengan pantasnya, Khairil terus menunggang motosikalnya ke lokasi pertemuannya dengan Encik Minarwan, pelanggannya.

Selesai sudah berdiskusi dengan Encik Minarwan, Khairil terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menaip mesej kepada buah hatinya yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

     Ayang tengah wat ape? Abg dah slesai dengan client ni. Dah masak x? Abg lapar dah ni. 


Nurul nama diberi. Setahun muda daripada Khairil dan sudah hampir setahun berkenalan. Nurul dan Khairil mula berkenalan sejak terserempak di Majlis ramah tamah Aidilfitri di kampung mereka setahun dahulu. Nurul merupakan sahabat kepada sepupu Khairil. Khairil yang ramah dan mudah mesra dengan orang sekeliling membuatkan dirinya rapat dengan Nurul dan sekeluarga. Bapa Nurul sudah menganggap Khairil seperti anaknya sendiri.

Hampir setiap hari Khairil berulang alik dari rumah mereka walaupun jarak dari tempatnya bekerja mengambil masa hampir sejam untuk sampai. Dengan menaiki motosikal, Khairil boleh singkatkan masa ke 30minit untuk sampai.

Kerana cinta dan sayangnya terhadap Nurul membuatkan Khairil sanggup buat apa saja untuk Nurul.


------------------------Bersambung------------------

No comments:

Post a Comment