Setelah menghubungi bekas rakan sekerja, Suraya diberitahu bahawa Khairil sudah seminggu dimasukkan ke wad dan doktor mengesahkan paru-parunya berair. Untuk membantu meringankan sakit Khairil, doktor telah mengeluarkan air yang berada di dalam paru-parunya dan memberinya seminggu berehat.
Eisya sememangnya seorang gadis yang baik, tunang Khairil sendiri setiap hari menjaganya.
"Ya Allah, selamatkanlah tunangku Khairil. Bagilah dia kekuatan untuk melawan penyakitnya Ya Allah" Doa Eisya selepas mengerjakan solat di bilik sembahyang di hospital berkenaan.
Rakan-rakan sepejabat datang melawat Khairil dan dengan senyuman Khairil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi datang melawatnya.
Dengan kesibukan masa yang tidak terluangnya, Suraya belum sempat menziarahi Khairil dan hanya mampu berpesan kepada rakannya untuk menyampaikan salam.
-----------------------------------------Setelah seminggu di hospital------------------------------------------------
Khairil berasa sungguh gembira apabila doktor membenarkannya untuk pulang. Kegembiraan di mukanya amat ketara dan dia mahu memulakan kerjanya dengan cepat. Bagi Khairil, kerja itu penting kerana dia seorang yang sememangnya tegas dengan pendiriannya.
"Lege rasa arini, dah seminggu badan aku ni kene cucuk dengan injektion."
Inilah yang di paparkan pada dinding laman sosial milik Khairil. Ramai yang membalasnya dan berdoa agar Khairil cepat sembuh dari penyakitnya.
Suraya pun berasa lega kerana rakannya itu sudah sihat semula.
----------------2 hari kemudian-------------------------------------
Khairil ada 3 hari lagi untuk berehat namun dirinya sudah tidak sabar untuk memulakan kerja. Baginya duduk di rumah amat merimaskan.
Pagi itu, Khairil rasa tidak berapa sihat dan mengadu kepada tunangnya. Tunangnya terus keluar dari pejabat dan pergi ke rumah Khairil untuk membantunya. Khairil kelihatan begitu pucat dan terus berjalan dengan perlahan ke kereta yang dipandu Eisya.
Dengan pantasnya Eisya memandu keretanya ke hospital. Sampai di hospital, Eisya terus meluru ke arah ruang wad kecemasan dan memanggil beberapa orang untuk membantunya. Khairil namun masih tenang tetapi wajahnya kelihatan pucat.
Setelah beberapa jam menanti keputusan doktor, Eisya dan keluarga Khairil sudah bersedia menanti keputusan dari doktor. Keluarga Khairil terus datang dari jauh setelah mendapat panggilan dari Eisya.
----------------------------------Di tempat kerja Suraya------------------------------------------
Suraya begitu sibuk dengan kerjanya sehingga belum sempat lagi untuk melawat Khairil di hospital. Namun hatinya begitu kecewa kerana tidak dapat melawat rakannya.
Hari Jumaat 20 Mei 2011 Suraya perlu menghadiri satu kerja luar tetapi hatinya sangat berdebar kerana takut-takut ada sesuatu yang akan berlaku.
-----------------------------bersambung-----------------------------------------------------------
----------------------------------Di tempat kerja Suraya------------------------------------------
Suraya begitu sibuk dengan kerjanya sehingga belum sempat lagi untuk melawat Khairil di hospital. Namun hatinya begitu kecewa kerana tidak dapat melawat rakannya.
Hari Jumaat 20 Mei 2011 Suraya perlu menghadiri satu kerja luar tetapi hatinya sangat berdebar kerana takut-takut ada sesuatu yang akan berlaku.
-----------------------------bersambung-----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment