May 20, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 1




(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg2 Bhg3 Bhg4 Bhg5
Bahagian 1 : Khairil         
Bang azan Subuh dah mula memecah keheningan dinihari tandanya bermula hari sudah muncul siang. Khairil bingkas bangun dan terus ke bilik air untuk mengambil air wudhu. Sebagai umat Islam, Khairil sudah menjadi kebiasaan bangun seawal subuh untuk mengerjakan Solat Subuh dan tidak memerlukan alarm jam mahupun atas meja atau dr telefon bimbit Nokia Express music miliknya.

      Seperti biasa, selesai menunaikan Subuh, Khairil akan terbaring sekejap di sofa ruang tamu rumah sewanya untuk menanti saatnya siang untuk mandi.Hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk terlelap, dia sudah bangun semula dan mencapai tuala dari tingkap biliknya kemudian terus menuju ke bilik mandi.



     Mengenakan helmet ala-ala F1 milik Khairil, dia juga mengenakan jaket hitam serta sarung tangan hitam. Ini bukan untuk menunjuk dirinya macho, tetapi nak elak dari dirinya terkene dek bahang panas. Motosikal Yamaha 125z yang sudah menjadi hak miliknya sejak 3 tahun dulu masih rapi dijaganya. Hanya berbekalkan lesen B2, dia hanya mampu bermotosikal dan kerjanya juga memerlukan ke sana sini.

      Jam pada telefon bimbitnya sudah pukul 8 pagi dengan tenang Khairil meninggal perkarangan rumahnya terus menuju ke pejabat. Sudah hampir 2 tahun Khairil bekerja dengan bank sebagai ALONG. Bukan along yang ganas tetapi along yang ada lesen. Penasihat pinjaman peribadi.

Tepat pukul 8.30 pagi, Khairil melangkah ke pejabat tempat dia mencari punca rezekinya yang memang sudah menjadi minatnya di situ.



      Khairil Ishak berusia 27 tahun masih bujang dan masih mencari teman hidup yang sesuai untuk dirinya. Pada paras rupanya jauh sekali wanita-wanita mahu menolak untuk berkenalan dengannya tetapi keramahannya membuat ada dikalangan wanita kurang berminat. Namun, Khairil memang seorang yang baik dan orang yang mesra dengan kawan-kawan malah kenalan baru.

--------------------------------------Bersambung----------------------------

1 comment:

  1. Korang feel free ade komen, komen la ye...

    ReplyDelete