May 20, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 3


(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg1 Bhg2 Bhg4  Bhg5 
Bahagian 3: Kenapa dipanggil Bos?

Terngiang-ngiang di telinga Khairil dengan teguran daripada bosnya semasa dipanggil pagi tadi ke bilik.

"Khairil, sejak dua menjak ni saya tengok, kehadiran awak semakin hari semakin merosot. Masuk office pukul 8.30pagi. Tapi saya tengok awak kekadang pukul 9 pagi baru masuk office. Boleh bagitahu saya sebab kenapa?" Encik Rahimi, Ketua Bahagian tempat Khairil bekerja.



"Saya datang 8.30 hari ni bos." Jawab Khairil dengan ringkas sambil tersenyum.

"Baru arini. Tapi dalam laporan ni, awak punch card lebih dari pukul 8.30 hari-hari sebelum hari ni. Saya tak nak awak yang dulu pekerja contoh saya akan diberi tindakan dari pihak atasan. Harap awak paham maksud saya" Jelas En. Rahimi yang amat sayang akan semua hak kebajikan pekerja-pekerjanya.

"Insyallah bos, pasni saya takkan buat lagi." Khairil juga seorang yang kurang menjawab dengan bos kerana dia menghormati semua majikan-majikannya dan tidak sama dengan rakan-rakan, kenalan mahupun buah hatinya.

"Baik Khairil, rasanye tak ada ape-ape lagi. Awak punye status pencapaian pun memuaskan. Cuma kehadiran awak tu perlu perbaiki ye." En Rahimi menegaskan agak Khairil berubah.

--------------------------------------------Di pejabat---------------------------------------------

"Oit, ape ko mengelamun ni? Telefon tu berbunyi dari tadi. Apesal tak angkat" Sorang lagi rakan di pejabat Khairil, Suraya.
"Eh Su rupenye. ehehe, Mane ade orang call. Saya main lagu la. Hehehe" Khairil tersedar dari bayangan semalam ketika dia dipanggil oleh En Rahimi.

"Ni ape kes ni Khai. Dengar lagu sedih-sedih la plak tu. Ade problem ke? Selalu nye ceria gitu." Suraya amat pelik dengan sikap Khairil.

"Eh tak ade papelah. Su tak de jumpe client ke?" Khairil sememangnya sukar untuk berkongsi masalah dengan orang lain.

" Xlah Khai. Saya dah putus asa keje kat sini. Target pun tak capai-capai. awak untunglah. Client ramai dah. Saya ni, arap sape jmpe broucher jelah. Tunggu call" Suraya mengeluh dengan keje yang dibuatnya kini.

" Ala ilek ar Suraya, chill la. Lama-lama ti adelah client tu. Saya dulu pun camtu gak. Kite kene ade strategi tau. X boleh mudah putus asa. Keje kite ni, kete rajin approach orang. Dan tahu kat mane ramai golongan mereka yang memerlukan produk kite."

"Thanks Khai. Saya try strategi len la pasni. Ni Khai tak kemane-mane ke. Saya pasni balik je kot. SHhh...jangan gtau bos k." Suraya sudah makin kurang berminat untuk bekerja di situ.

" No prob la Su. Dah tak minat dah. Tapi Su apply la cari kerje yang Su minat. Saya japgi nak kuar dah pas confirm ngan client nak jumpe dekat mane " Khairil tetap memberi sokongan dengan rakan-rakan sekerja.

--------------------------------------------Di rumah Nurul---------------------------------------------

"Assalamualaikum pak cik. Apa khabar pak cik arini?"Khairil terus bersalam dengan Pak Kadir ayah kepada Nurul.
"Walaikumsalam. Sihat Khai. Makcik baru je sebut nama Khai tadi. Sebab semalam tak muncul." Jelas sekali Pak Kadir amat suka akan Khai untuk dijadikan menantu.

Khairil merupakan anak yatim setelah ibunya meninggal dunia 2 tahun yang lepas akibat sakit jantung dan darah tinggi. Amat sukar untuk menerima takdir sebagai anak yatim, tetapi Khairil tetap tabah menghadapinya.

Mak Semah lah kini tempat Khairil bermanja kerana dari segi perwatakan Mak Semah isteri Pak Kadir hampir sama seperti arwah.

----------------------------------------Di tepi jeti------------------------------------------------------

Matahari telah hampir terbenam menyinari tepi jeti dan bunyi-bunyi burung berkicauan menambahkan lagi keindahan alam ciptaan Nya.

Khairil dan Nurul duduk di hujun jeti sambil memerhati nelayan-nelayan yang baru balik dari menangkap ikan berhari-hari.
" Sedap ayg masak tadi. Tadi ayg ke mak yang masak ni..." Saje je Khairil mengusik Nurul yang amat dicintainya.
"Isyh abg ni, Nurul la masak. Sah-sah mak duduk kat ruang tamu tadi tengok tv dengan abg.Nape tak percaye ke Nurul masak." Nurul tetibe kecik ati terus muncung dan menoleh ke tengah lautan.

"Dah merajuk pulak buah ati abg ni. Abg cayelah. Saje je nak begurau ngan ayg abg ni.Jangan la merajuk buah ati abg ni" Khairil berusaha memujuk semula Nurul.

"hehe, abg, t kite pegi kedai bli sikit barang keperluan ayg leh x?" Nurul pulak berjaya memancing Khairil.

"Boleh aje aygku. Tuk ayg, ape-ape je boleh k. Anak-anak ikan dalam lautan pun abg boleh blikan" Khairil lebih suka membuat Nurul tersenyum.

-------------------------------Bersambung------------------------------------http://shinwau.blogspot.com/2011/05/bila-cahaya-memanggil-bhg-1.html

No comments:

Post a Comment