January 1, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Kedengaran bunyi letupan bunga api di setiap penjuru yang berlainan menandakan jam sudah pukul 12.00am tepat dan tarikh baru hari ini 1 januari 2007.
Selamat tahun baru kepada semua orang.
Setiap kali masuk tahun baru, mesti kita akan menanam azam baru.
Apa azam baru aku tahun ini?
Aku sendiri hanya mampu tersenyum memikirkan masa hadapan yang kian terserlah memandu arah kehidupan dewasa.
Setiap tahun usia kita akan meningkat. Namun tahap pemikiran kita belum pasti ikut sekali meiningkat.
Aku mula sedar, usia tidak menjangkau kematangan seseorang. Masih disegelintir masih kebudaka-budakkan. Mahu meluangkan masa dengan hobi dan membuang masa.
Bagi aku, kematangan seseorang itu terbukti apabila seseorang ini akan mengatur langkah maju ke arah hadapan dan tidak ingin menoleh ke belakang.
Maka kini aku ingin membuktikan aku mampu bergerak ke hadapan.

Azam aku ingin terus bergerak ke hadapan dan tidak akan menoleh ke belakang.

No comments:

Post a Comment