May 24, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 5


(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg1 Bhg2 Bhg3 Bhg4 

Bahagian 5: Tiada erti Syawal


"Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd"
Berkumandang suara takbir di setiap masjid dan surau menandakan, berlabuh tirai Ramadhan pada tahun ini. Khairil segera bersiap selepas berbuka puasa di rumah sewanya, untuk ke masjid dan surau untuk bersama dengan jemaah lain untuk takbir raya.


Di pagi yang hening, rokok lah yang dahulu dicapai oleh Khairil yang sukar untuknya singkirkan sejak kebelakangan ini. Teman-teman sepejabat hairan akan perbuatan Khairil namun senyumannya sentiasa menghiasi wajahnya.

Tanpa disedarinya, air mata mengalir dari matanya tanpa sebab. Namun isi hatinya berbisik kepadanya
"Kenapa aku diduga sebegini Ya Allah. Aku merindui ibuku. Ya Allah ya tuhanku, aku mohon keada Kau agar permudahkanlah perjalanan dan tunjukkanlah jalan untuk Ya Allah" 

Tiada maknanya untuk Khairil berbaju melayu dikala umat Islam yang lain sedang bersama keluarga yang lain untuk bersalam-salaman dan bermaafan. Dengan berpakaian biasa, Khairil menunggang motosikalnya menuju ke destinasi yang dirinya sendiri tidak tahu. 

Ketika melalui satu simpang, Suraya yang sedang menuju ke kedai untuk mencari ais, ternampak Khairil sedang membelok. Suraya sempat menghon lalu pantas dipandang Khairil. 
"Wey, Khai, t jangan lupe datang umah aku ye" Jerit Suraya dari jauh sambil memperlahan kereta dipandunya.
"Aha, Insyallah, t aku datang" Khairil membalas dengan senyuman mahupun dia tahu dia tidak akan datang untuk beraya. 
Semua di dalam otak Khairil sudah serabut. 

--------------------------------------------Seminggu berlalu-------------------------------------------

Sudah seminggu di bulan Syawal. Semua yang bercuti untuk hari raya sudah kembali bertugas. Ada yang membawa bermacam jenis kuih, biskut, ada yang membawa air minuman dan ada yang membawa diri sahaja. 
Bagi mereka, mereka tidak kisah tentang itu, mereka tetap mempelawa mereka untuk bersama merasai kehangatan hari raya terutama bagi yang bukan Islam.

Suraya seperti biasa duduk di mejanya yang bersebelahan dengan Khairil mencari nombor telefon pelanggannya untuk mengucapkan hari raya.
Sementara mencari nombor di dalam buku notanya, Khairil muncul seperti biasa tetapi muka nya sedikit cengkung dan nampak kurus berbanding sebelum ini. 
"Asslamualaikum Khai. Aritu nape tak datang umah, bawak Nurul sekali" Suraya bertanya kepada Khairil.
"Walaikumsalam Su. Hehehhe, aritu saya baru balik dari kampung. Tak sempat nak singgah rumah awak. Lain kali saya pegi. Tahun depan kan ade." Khairil seperti melindungi sesuatu dari Suraya. 
Namun Suraya seperti dapat membaca dari wajah Khairil dan memberanikan dirinya bertanya.
"Khai, awak ok ke? Nampak macam ade masalah je. Kalo ade, saya sudi dengar mane tau dapat tolong ke. Kalo dapat ditolong la."
"Erm, entahla Su. Tak ade papelah. Saya ok je ni. Awak tak kuar ke jumpe client?" Khairil masih duduk di mejanya sendiri.
"Lom lagi. lagipun saya takde client baru. Dah bosan keje sini. Pasni saya nak balik jelah. Tak tau nak wat ape. Bos pun buka suke kite ada kat office. Die mesti suh kite wat marketing. Baik saya balik. Lagipun takde duit nak isi minyak kete." rungut Suraya seperti dia pulak bermasalah.
"Owh yeke. tak apelah. baik awak balik je. Rehat kat rumah. " Khairil bersetuju dengan Suraya.

---------------------------------------Sejam kemudian--------------------------------------------------
Keadaan di pejabat sungguh sunyi, kerana sesetengah dari pekerja di situ sudah keluar untuk pergi beraya ke rumah masing-masing. 

Kebetulan, Suraya, Khairil dan beberapa pekerja lain belum beredar dari situ. Suraya yang masih belum puas hati dengan perubahan ke atas kawan sepejabatnya terus bertanya.
"Khai, saya tahu, awak mesti ada masalah ni. Cube awak cite. Tapi terpulanglah, awak nak citer ke tak"
"ARGH... Memang saya ada masalah Su. Saya cite ni pun kat awak sorang je. Yang lain kat sini tak sporting macam awak. Saya akan cite kat awak segalanya ape yg terjadi pada saya" Khairil terus berterus-terang. Baginya ada juga tempat untuk dia meluahkan masalahnya.

" Sebenarnya Su, saya baru lepas berubat dengan ustaz. Saya ni telah dipergunakan oleh Nurul bakal tunang saya. Sanggup die buat saya macam ni. Die gune ilmu hitam supaya saya tunduk kapada die dan bagi je ape die nak. Abang saya hairan sebab sejak kebelakangan ni saya sanggup ulang alik dari rumah die yang jauh tu dan bagi duit dengan mudah dan banyak. Saya hormat org tue die. Org tue die pun menyesal anak die sanggup berbuat begitu kepada saya. Haritu awak nampak saya, saya sebenarnye tak de semangat raya dah sebab sedih sangat. Baru jadi anak yatim, orang yang saya sayg plak buat saya macam ni. Nasib abang saya ni cepat-cepat bertindak bawak saya berjumpa dengan ustaz. Sebab tu lah kehadiran saya merosot. Sampai saya sendiri pun boleh tak sedar." Khairil lega setelah meluahkan segala-galanya kepada Suraya.

Suraya sejak dari tadi terdiam kerana khusyuk mendengar terus tersedar setelah Khairil selesai.
"Astaghfirullahalazim. Tergamak pompuan tu wat camtu kat awak. Patut saya heran sejak-sejak ni awak berubah bukan sikit tetapi banyak. Semoga Allah akan bagi balasan setimpal kat die. Awak jangan plak wat balik kat die tuk balas dendam. Haram tu semue."

Muka Khairil kembali ceria di pejabat dan Suraya pun turut gembira melihat Khairil senyum seperti biasa. 

Selepas kejadian itu, Khairil muncul ke pejabat pukul 8.00pagi dan En Rahimi pun turut memuji Khairil kerana sudah berubah. 

--------------------BERSAMBUNG----------------

No comments:

Post a Comment