June 9, 2011

Bila Cahaya Memanggil Bhg 6


(Klik untuk membaca Bahagian lain) 
Bhg1 Bhg2 Bhg3 Bhg4 

Bahagian 6: Mula Kehidupan baru


Khairil sudah kembali bekerja dengan mengikuti masa. Tetapi cuma satu perkara yang sukar untuk Khairil elak, MEROKOK. Dengan merokok bersama teman-teman sepejabat dapat membantunya melupakan segala-gala kisah silamnya.


Suraya yang duduk di meja sebelah turut memberi nasihat kepadanya,
"Khai, awak sekarang dah kerap sangat merokok. Setiap selang sejam mesti awak merokok. Tu boleh membahayakan kesihatan awak tau."

Khai mula menunjuk muka monyok nye.
"Su, saya tak leh lupekan Nurul. Tapi saya tak boleh terima die lagi dengan ape die dah wat kat saya dulu. Rokok ni boleh bantu menenangkan saya. Su terima kasih sebab awaklah tempat saya mengadu segala penderitaan saya"

Su paham apa yang Khai rasakan "Insyallah Khai, lepas ni awak akan dapat seorang wanita yang mampu memahami awak dan menjaga awak"

Khai mula tersenyum " Bertuah pakwe Su dapat Su kan. Tu lah, apelah nasib saya"

------------------------------Beberapa hari kemudian-------------------------------

"Su, saya nak citer kat awak sesuatu" Khai dengan semangatnya baru sampai ke pejabat terus duduk dan bercerita dengan Su.

" Nape Khai, happy semacam je. Jap, saya teke. Awak ade jumpe wanita yang saya citekan tu?" Suraya seolah-olah seperti The Witch.

" Eh, Cepatnye awak ni tau. Hehehhe, aha, saya dah jumpe. Die ni kawan anak sedara saya." Panjang berjela cerita yang Khairil ceritakan kepada Suraya.

"Alhamdulillah, oklah tu awak dah dapat wanita yang baik. Saya doakan kebhagaian awak"

"Tapi Su, saya belum pasti nak terima atau tak"

"Khai, awak berkawan dulu dengan die, kenal budi pekerti die, dan lepas tu kalo ok, awak on je."

Khairil sentiasa mendengar nasihat dari Suraya walaupun usia Suraya agak muda darinya.

---------------------------------Sebulan selepas itu---------------------------------

"Su, alhamdulillah, saya dengan die baik-baik je. Saya ikut nasihat awak dan syukur sesangat, sebab die baik sesangat."

Suraya turut gembira melihat Khairil kembali bersinar pada wajah nya dan mampu tersenyum seperti biasa dan menyanyi. 

" Khai, saya minggu ni, minggu terakhir saya kerja kat sini." Suraya telah mendapat tawaran bekerja di sebuah jabatan kerajaan.

"Ha? Nape Su berenti? " Khai seolah-olah tidak percaya.

" Saya dapat tawaran kerja lain dah. Hehehhe. "

"Owh yeke, oklah kalo dapat kerja ngan kerjaan. nanti mesti bos akan ajak tuk makan majlis perpisahan"

"Hhehehhe, takder la kot, saya pun kat sini berapa bulan aje."


-----------------bersambung--------------------------

No comments:

Post a Comment